AS: Pelancaran Peluru Berpandu Balistik Iran Langgar Resolusi UNSC

2018-12-03 15:41:46  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mendakwa ujian pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana oleh Iran telah melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Pompeo dalam satu kenyataan Jabatan Negara berkata, jarak tembakan peluru berpandu balistik itu meliputi seluruh kawasan Asia Barat dan sebahagian kawasan Eropah. Tindakan ini melanggar resolusi 2231 UNSC.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Iran menolak dakwaan AS tersebut dan menyatakan bahawa program pembangunan peluru berpandunya adalah bersifat defensif dan untuk mempertahankan negara. Tiada sebarang resolusi UNSC melarang Iran membangunkan atau menguji peluru berpandu balistik.

覃淼