AS Sambut Baik Hasil Pertemuan Kemuncak China-AS

2018-12-03 13:45:46  CRI
Share with:

Selepas pengumuman hasil pertemuan kemuncak China-Amerika Syarikat (AS) di Buenos Aires semalam, ia segera mendapat sambutan baik daripada kalangan perniagaan dan petani AS.

Naib Presiden Ekskutif Dewan Perniagaan AS, Myron Brilliant mengeluarkan kenyatakan semalam mengalu-alukan tindakan presiden China dan AS kembali ke maja rundinganuntuk mengurangkan konflik perdagangan. Katanya, menghentikan tindakan mengenakan tarif tambahan adalah pilihan bijak bagi pekerja, syarikat dan ekonomi AS. Pihaknya menanti-nantikan kerjasama dengan kerajaan AS dan China.

Pertubuhan "Tariffs Hurt the Heartland" yang ditubuhkan oleh 150 persatuan juga memberikan komen sebaik sahaja hasil pertemuan tersebut diumumkan. Jurucakap pertubuhan itu yang juga bekas ahli dewan rakyat, Charles Boustany mengeluarkan pengumuman yang menyebut, keputusan pemimpin kedua-dua negara untuk menghentikan tarif tambahan adalah langkah pertama yang menggalakkan. Pihaknya juga menggesa Washington membatalkan tarif tambahan yang sedia dilaksanakan.

Pengerusi pertubuhan "Farmers for Free Trade" yang mewakili kepentingan petani dan syarikat petani, Angela Hofmann menyatakan, petani AS mengalu-alukan segala isyarat yang mengurangkan konflik perdagangan.

胡星