Michael Gove: Kemungkinan Referundum Sekali lagi

2018-12-03 14:56:33  CRI
Share with:

Setiausaha Persekitaran Britain, Michael Gove memberi amaran bahawa referumdum Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit mungkin diadakan sekali lagi sekiranya ahli parlimen tidak menyokong perjanjian Brexit yang dicapai antara kerajaan Britain dengan EU. 
Gove dalam program BBC semalam berkata, perjanjian yang dikemukakan kerajaan Theresa May kurang sempurna. Walau bagaimanapun, sekiranya perjanjian itu tidak diluluskan dalam pengundian parlimen pada 11 Disember ini, maka Britain akan menghadapi risiko "Brexit tanpa perjanjian". Beliau turut mengakui bahawa perjanjian itu mendapat sokongan para ahli parlimen betul-betul amat "mencabar". 
Walaupun terdapat suara bantahan dalam Parti Konservatif, tetapi beliau yakin perjanjian tersebut dapat diluluskan.

 

徐国玮