Thailand Tawar E-Visa kepada Pelancong China

2018-12-04 16:26:18  CRI
Share with:

Thailand akan melancarkan perkhidmatan visa elektronik (e-Visa) terhadap pelancong China pada Februari tahun depan bermula dengan Beijing, diikuti negara-negara lain dalam masa tiga tahun akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Urusan Konsul Thailand, Chatri Archjananun menyatakan, pemohon visa Thailand di Beijing tidak lagi perlu ke Kedutaan Besar Thailand, sebaliknya boleh menggunakan sistem permohonan visa dalam talian melalui laman sesawang www.thaievisa.go.th.

Perkhidmatan serupa akan dibuka di bandar-bandar lain di China tidak lama lagi.

Kata Chatri, China selaku sumber pelancong asing terbesar bagi Thailand, merupakan negara pertama yang ditawarkan perkhidmatan e-Visa tersebut.

胡星