China Mahu Panama Membangun, Makmur Bersama

2018-12-04 13:25:39  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_perwakilan

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Panama, Juan Carlos Varela bertemu dengan wakil usahawan yang turut menghadiri forum kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Panama di Panama City semalam.

Xi berkata, hubungan diplomatik yang terjalin antara China dan Panama membuka prospek yang amat cerah bagi kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor. Lingkungan perniagaan yang merupakan penggerak utama sinergi antara negara, hendaklah merebut peluang baik ini dan berusaha memperluas kerjasama.

Kata beliau, China secara ikhlas membuka pasarannya kepada dunia, serta mengalu-alukan usahawan dari semua negara termasuk Panama melabur di China dan syarikat China meneroka potensi di Panama demi pembangunan dan kemakmuran bersama.

Varela pula berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan antara Panama dan China semakin rapat berikutan terjalinnya ikatan diplomatik. Pihaknya mengalu-alukan perusahaan China melabur di negara itu demi mewujudkan kerjasama dan situasi menang-menang, sebagaimana disarankan Presiden Xi.

覃淼