Kerjasama Qinghai, Indonesia Berpotensi Besar

2018-12-04 14:38:04  CRI
Share with:

Delegasi perniagaan dari provinsi Qinghai mengadakan kunjungan ke Persatuan Usahawan Cina Indonesia di Jakarta petang semalam.

Delegasi Qinghai yang terdiri daripada wakil Persatuan Persahabatan Seberang Laut, Persekutuan Perantau, dan Dewan Perniagaan Perantau telah mengadakan pertukaran dalam suasana muhibah dengan wakil perniagaan Indonesia.

Naib Presiden Persatuan Persahabatan Seberang Laut, Ma Wenbiao memperkenalkan sumber ekologi yang unik, landskap dataran tinggi yang indah, pelbagai hasil bumi, serta budaya yang mempesona milik provinsi Qinghai kepada para usahawan Indonesia. 

Qinghai mempunyai populasi umat Islam yang besar dan kaya dengan sumber asli. Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara provinsi itu dengan Indonesia berpotensi besar. 

Pada masa ini, semakin banyak syarikat China melabur di Indonesia, sementara jumlah produk buatan Indonesia yang memasuki pasaran China kian banyak.

徐国玮