Forum Kerjasama Ekonomi, Perdagangan China-Jepun

2018-12-04 13:56:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123802248_15438547764841n

Forum kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Jepun diadakan di Tokyo semalam, bersempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka China.

Forum anjuran Kedutaan Besar China di Jepun dan Persatuan Pertubuhan Ekonomi Jepun itu menarik penyertaan 200 tokoh termasuk dari lingkungan ekonomi, kumpulan pemikir serta sarjana.

图片默认标题_fororder_1123802248_15438547765411n


Turut hadir, mantan Menteri Luar China, Li Zhaoxing dan mantan Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda.

Li Zhaoxing berkata, pembaharuan dan keterbukaan yang dilaksanakan di China membawa perubahan amat besar bagi negara ini. Jepun selaku peserta dan penerima faedah proses ini, telah memberikan sumbangan positif.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara boleh dianggap teladan bagi kerjasama saling menguntungkan.

Beliau turut menekankan pentingnya kedua-dua negara menyusur arus sezaman, mengambil peluang dan melaksanakan konsensus antara pemimpin demi melonjakkan kerjasama saling menguntungkan ke satu tahap lebih tinggi.

Fukuda pula berkata, sepanjang pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 40 tahun, China dan hubungan China-Jepun mengalami perubahan besar. Rasa saling percaya dalam aspek politik mesti diperkasakan, kerana inilah syarat bagi menggalakkan perkembangan ekonomi dan perdagangan.

Katanya, hubungan politik yang stabil bukan sahaja bermanfaat bagi kedua-dua negara, malah membawa kebaikan kepada negara serantau dan dunia.

覃淼