China Sokong Proses Multilateral bagi Perubahan Iklim

2018-12-04 14:36:35  CRI
Share with:

Pusingan baharu Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dirasmikan di Katowice, Poland semalam. 

Dalam taklimat media pada hari yang sama, delegasi China telah menjelaskan prinsip dan pendirian China.

Naib Pengarah Jabatan Iklim, Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China, Lu Xinming berkata, pelaksanaan konkrit Perjanjian Paris bukan sahaja penting bagi pelaksanaan secara komprehensif dan berkesan, malah mustahak bagi susun atur pelbagai mekanisme sejagat bagi menghadapi perubahan iklim pasca 2020. Rundingan tentang pelaksanaan konkrit penuh percanggahan dan ketidakpastian. 

Kata beliau, China dengan teguh menyokong proses multilateral bagi menangani perubahan iklim serta Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan mekanisme Perjanjian Paris.

徐国玮