China, Panama Bersetuju Tingkatkan Hubungan

2018-12-04 12:08:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123802292_15438720097521n

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Panama, Juan Carlos Valera menyanjung tinggi momentum baik hubungan dua hala dan hasil kerjasama kedua-dua pihak sejak ikatan diplomatik terjalin pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua presiden turut mencapai konsensus yang meluas untuk meningkatkan hubungan dua hala.

Semasa rundingan semalam, Xi yang sedang dalam rangka lawatan ke Panama menekankan bahawa pembangunan berteraskan rakyat antara konsensus penting yang dicapai, dengan kesejahteraan rakyat dijadikan kriteria bagi menguji keberkesanan usaha terbabit.

图片默认标题_fororder_1123802292_15438720098731n

Kata Xi, "strategi logistik negara 2030" Panama sejajar dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China. Kedua-dua pihak perlu memperkasakan penyelarasan strategi, mengintensifkan kerjasama dalam sektor kewangan, pelancongan, logistik dan pembinaan prasarana, selain melaksanakan projek penting melibatkan kereta api, pendidikan dan perubatan, serta menggalakkan kesalinghubungan.

Valera mengalu-alukan lawatan bersejarah Xi kali ini, yang nescaya akan merapatkan persahabatan antara Panama dan China.

Pihaknya mengamalkan dasar "satu China" dan mengiktiraf gagasan Xi mengenai pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Panama menyokong BRI dan mahu meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pelaburan, pengangkutan pelabuhan, kawasan perdagangan bebas dan lain-lain.

覃淼