Kerjasama China-Britain Buahkan Hasil Cemerlang

2018-12-04 13:38:22  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Britian, Liu Xiaoming menyatakan setinggi-tinggi penghargaan atas penganugerahan taraf "penduduk kehormat" bagi bandar London, yang disifatkan sebagai penghormatan yang amat tinggi.

Beliau dalam ucapan bertajuk "Memperkukuh Keyakinan, Lakar Masa Depan Baharu" menyatakan ini bukan sahaja satu penghormatan bagi dirinya, tetapi pengiktirafan terhadap usaha Kedutaan Besar China di Britain.

Penganugerahan taraf itu juga mencerminkan betapa pentingnya kerjasama kewangan China-Britain serta persahabatan antara rakyat, pada kota London.

Liu berkata, hubungan China-Britain memasuki "zaman keemasan" pada dekad kedua abad ke-21 hingga mewujudkan perkongsian strategik komprehensif bagi era ini.

Kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor perdagangan, pelaburan, kewangan, inovasi sains dan teknologi serta sosiobudaya telah membuahkan hasil cemerlang.

覃淼