AS Ugut Gantung Tanggungjawab INF

2018-12-05 14:37:04  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) akan menggantung tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) dalam masa 60 hari, jika Rusia terus berdegil enggan mematuhi perjanjian itu.
Demikian kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels semalam.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, para anggota NATO sebulat suara bersetuju bahawa pembangunan peluru berpandu darat SSC-8 Rusia membelakangi perjanjian itu. 
Sejak 2013, Jabatan Negara AS telah berulang kali menyuarakan kebimbangan atas pembangunan peluru berpandu terbabit, namun tidak dihiraukan oleh pihak Rusia.
Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova berkata, pihaknya sentiasa mematuhi perjanjian INF tersebut, dan hal ini diketahui jelas oleh Washington.
 

徐国玮