5 Juta Orang Gunakan Penerbangan Awam Tibet

2018-12-05 13:18:58  CRI
Share with:

Pesawat Air China CA4401 selamat mendarat di Lapangan Terbang Gongga, Lhasa semalam dengan membawa penumpang yang kelima juta sejak awal tahun ini, menandakan satu langkah ke depan bagi sektor penerbangan awam wilayah Tibet.
Pada Mac 1965, laluan penerbangan awam pertama beroperasi di Tibet. Kini terdapat lima lapangan terbang di Tibet yang memberi perkhidmatan kepada 10 syarikat penerbangan, menghubungkan 47 bandar melalui 88 laluan.
Sejak 2016, Jabatan Penerbangan Awam Tibet terus-menerus menaik taraf dan membaiki fasiliti kawalan trafik udara serta komunikasi dan pemanduan arah bagi meningkatkan kapasiti pengangkutan udara dan menjamin keselamatan penerbangan.

覃淼