Perlu Perkasa Kerjasama Perangi Keganasan

2018-12-06 15:12:40  CRI
Share with:

Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Wu Haitao kelmarin menyeru masyarakat antarabangsa memperkasakan kerjasama bagi memerangi keganasan.

Mengulas perbahasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai laporan bukti jenayah militan Daesh (IS) di Iraq, Wu menyatakan bahawa situasi antikeganasan antarabangsa tetap amat kritikal.

Kini terdapat lebih banyak cara untuk pengganas melakukan kegiatan mereka dan menyebarkan ideologi ekstremis.

Masyarakat antarabangsa perlu terus memperkasakan kerjasama, menyatukan standard dan mengambil tindakan praktikal untuk membanteras keganasan hingga tuntas.

Kata Wu, China menghargai usaha kerajaan dan rakyat Iraq untuk membanteras keganasan, dan menyokong Iraq mengheret pengganas ke muka pengadilan berdasarkan undang-undang.

徐国玮