Dua Jet Pejuang Tentera AS Berlanggar

2018-12-06 14:42:56  CRI
Share with:

Dua jet pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di pangkalan Iwakuni, Jepun berlanggar di ruang udara sebelum terhempas di Lautan Pasifik awal pagi tadi.

Menurut laporan NHK, hanya seorang daripada tujuh yang terbabit dalam nahas itu berjaya diselamatkan setakat ini, sementara enam yang lain masih hilang.

Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan, insiden berlaku pada pukul 1.40 pagi apabila sebuah jet FA18 berlanggar dengan pesawat KC130 di lokasi kira-kira 100 kilometer dari wilayah Kochi.

Kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan, dan punca kejadian sedang disiasat.

胡星