Negara Maju Perlu Tunai Janji Bantu Negara Membangun

2018-12-06 15:13:26  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa perlu menggesa negara-negara maju menunaikan janji mereka untuk membina iklim pembangunan antarabangsa yang baik bagi negara-negara membangun termasuk yang berpendapatan sederhana.

Sewaktu berhujah pada mesyuarat peringkat tinggi negara-negara berpendapatan sederhana sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-73 kelmarin, Wakil Tetap China, Ma Zhaoxu menyatakan negara-negara membangun menghadapi cabaran pembangunan yang tidak boleh diabaikan.

Masyarakat antarabangsa perlu mengambil perspektif yang komprehensif dan objektif terhadap tahap pembangunan negara-negara terbabit dan memperkukuh perkongsian untuk pembangunan.

Usaha juga perlu dilakukan untuk membina model kerjasama yang berteraskan PBB, mengutamakan kerjasama Selatan-Utara dan dilengkapi dengan kerjasama Selatan-Selatan bagi menyediakan sokongan yang kuat kepada negara-negara berpendapatan sederhana.

Tambah beliau, China bersedia memperkasakan kerjasama Selatan-Selatan dengan negara-negara membangun, dan bersama-sama melaksanakan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sebagai sumbangan kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

徐国玮