Galak Globalisasi Tatkala Berdepan Halangan

2018-12-06 14:41:55  CRI
Share with:

Cara untuk menggalakkan globalisasi tatkala berdepan halangan, fokus perbincangan bekas ahli politik dan perniagaan dari Asia dan Eropah dalam persidangan Forum Asia Boao di Rom, Itali semalam.

Para peserta turut mengemukakan saranan untuk memperkasakan kerjasama antara Asia dengan Eropah.

Dalam majlis upacara perasmian, Naib Pengerusi Forum Asia Boao, Zhou Xiaochuan menyatakan tiada negara dapat merintis pembangunan secara terasing dalam globalisasi. Maka, usaha perlu dilakukan untuk memperkukuh hubungan Asia-Eropah, menyelesaikan atau mengetepikan pertikaian, dan mencari persamaan untuk mewujudkan kerjasama memang-menang.

Bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, Romano Prodi berpendapat bahawa globalisasi adalah satu proses yang tidak dapat dibalikkan. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) disarankan oleh China, namun bukan melibatkan China semata-mata. Berdepan peluang baharu, China dan Eropah termasuk Itali harus berganding bahu untuk meningkatkan kerjasama dalam rangka BRI.

胡星