Interaksi Golongan Muda China-ASEAN Semakin Rapat

2018-12-07 13:18:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_441ae67d-5a57-4365-8120-68b84b58b72d

Satu sesi interaksi Misi China ke ASEAN dengan wakil pengajar dan pelajar institusi tempatan diadakan di Universiti Jakarta Indonesia semalam, dihadiri 150 pelajar muda.

Semasa sesi tersebut, Kuasa Usaha China, Jiang Qin menjelaskan dasar luar, proses pelaksanaan pembaharuan dan keterbukaan, serta perkongsian strategik China-ASEAN.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_3c3ed679-e5de-4cc0-88e9-f7071df660f1

Beliau berkata, ASEAN diutamakan dalam dasar luar China bagi negara-negara jiran, serta kawasan penting dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Sejak hubungan dialog dan perkongsian strategik dijalin antara China dengan ASEAN, rasa saling percaya semakin kukuh, kerjasama membuahkan hasil cemerlang, sementara interaksi sosiobudaya kian rapat.

Katanya, interaksi golongan muda satu kompenen penting dalam pertukaran sosiobudaya China-ASEAN. Populasi belia di China dan ASEAN melebihi 800 juta, sementara pertukaran pelajar mencecah lebih 200 ribu.

覃淼