Taman Industri Pintar Antarabangsa China-Singapura

2018-12-07 14:41:15  CRI
Share with:

Taman industri pintar antarabangsa China-Singapura mula dibina di Guangzhou semalam. Ini taman industri pertama yang dibina sesudah kedua-dua negara menandatangani perjanjian rangka untuk menaiktarafkan Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura.

Majlis pecah tanah disaksikan oleh delegasi seramai lebih 20 pegawai kanan Singapura termasuk menteri pendidikan dan menteri budaya, komuniti dan belia, serta pegawai kerajaan Guangzhou.

Taman itu ikon Bandar Ilmu Guangzhou serta platform penting bagi kerjasama antara China dengan Singapura di provinsi Guangdong, dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RMB1.4 bilion (RM875 juta).

Pada masa akan datang, syarikat usaha sama kedua-dua pihak akan mengintegrasikan syarikat baharu dan berskala sederhana untuk membantu membina ekosfera industri global berteraskan sains dan teknologi pintar.
 

徐国玮