Simposium Perundangan dan Hak Asasi Manusia China-AS

2018-12-07 14:42:33  CRI
Share with:

Simposium Perundangan dan Hak Asasi Manusia China-Amerika Syarikat (AS) ke-8 diadakan di Beijing pada 3 hingga 5 Disember lalu, dihadiri lebih 50 sarjana dan pakar dari kedua-dua negara.

Dalam ucapan merasmikan simposium kali ini, Naib Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Jiang Jianguo berkata, hak dan kebebasan asas rakyat China dilindungi dengan lebih berkesan sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, terutamanya selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan. 

Rundingan yang berhasil antara pemimpin China dengan AS baru-baru ini pula menetapkan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara. Pertukaran antara China dengan AS dalam bidang kemanusiaan diharap dapat memainkan peranan yang unik bagi menggalakkan perjuangan hak asasi manusia serta mendorong hubungan dua hala berkembang secara sihat.

徐国玮