China: Perkukuh Perkongsian Pembangunan Global

2018-12-07 12:12:37  CRI
Share with:

Kemiskinan dan kemunduran antara punca utama bagi konflik. Masyarakat antarabangsa harus melaksanakan agenda pembangunan mampan 2030, memperkukuh perkongsian pembangunan global, serta memenuhi komitmen berbentuk bantuan demi menggalakkan pembangunan dan keamanan yang berkekalan.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ma Zhaoxu berkata, peranan PBB dalam pembangunan semula pasca konflik hendaklah ditingkatkan. Agensi PBB perlu mematuhi mandat masing-masing, berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan pembangunan dan mempergiat kerjasama dengan pertubuhan serantau.

Ma berkata, China komited berusaha bersama-sama negara-negara lain untuk menyumbang bantuan kepada negara yang mengalami konflik, demi mewujudkan keamanan dan kemakmuran bersama hingga membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

覃淼