Pelaksanaan Tindakan Iklim Tidak Seimbang

2018-12-07 17:34:10  CRI
Share with:

Laporan terbaharu Sekretariat Konvensyen Rangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) menyatakan terdapat perbezaan malah jurang dalam tahap pelaksanaan tindakan menangani perubahan iklim oleh negara-negara maju.

Laporan yang dikeluarkan di Katowice, Poland semalam merumuskan bahawa antara 1990 hingga 2016, pelepasan gas rumah hijau oleh negara-negara maju berkurang 13%. Pada masa yang sama, tindakan yang diambil untuk mengurangkan pelepasan telah menampakkan hasil. Ini adalah asas penting bagi mempercepat pelaksanaan tindakan menangani perubahan iklim selepas 2020, menurut Perjanjian Paris.

Selain itu, bantuan kewangan yang disediakan oleh negara-negara maju kepada negara membangun akan memotivasikan mereka supaya beralih kepada pembangunan rendah karbon dengan dasar-dasar yang sesuai.

Laporan UNFCCC itu bagaimanapun menunjukkan sesetengah negara maju telah melebihi komitmen mereka, sedangkan ada pula yang masih ketinggalan. Adalah mustahak langkah dan dasar sedia ada dilaksanakan sepenuhnya.

梁靓