Indonesia Mahu Kerjasama B2B dengan China

2018-12-07 12:14:43  CRI
Share with:

Indonesia akan menawarkan projek baharu bernilai USD60 bilion (RM250 bilion) kepada pelabur China, untuk berkongsi manfaat daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Timbalan Menteri Penyelaras Bidang Maritim Indonesia, Ridwan Djamaluddin kelmarin berkata, Indonesia mahu menjalankan kerjasama niaga-ke-niaga (B2B) dengan China untuk mengelakkan risiko berikutan pinjaman kerajaan.

Beliau menambah, kedua-dua negara berkemungkinan mencapai perjanjian pada April tahun depan.

Menurut Ridwan, lebih separuh daripada projek tersebut melibatkan pembinaan empat stesen hidroelektrik.

覃淼