Peringkat Tinggi China-Australia Tingkatkan Hubungan Dua Hala

2018-12-08 15:34:51  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Pusat, Yang Jiechi ditemui bekas Perdana Menteri Australia, John Winston Howard dan rombongannya di Beijing pada 7 Disember lalu.

Yang berkata, hubungan China-Australia kini kelihatan diperbaiki, dan boleh berkembang dengan stabil sekiranya kedua-dua pihak saling menghormati dan melaksanakan dasar yang saling menguntungkan. China bersedia bersama dengan Australia untuk meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, meluaskan kerjasama pragmatik dan mendorong pertukaran di kalangan rakyat, meningkatkan penyelarasan dalam menangani isu-isu antarabangsa supaya dapat mewujudkan pencapaian yang saling menguntungkan.

Kata Howard, Mesyuarat ke-5 Dialog Peringkat Tinggi Australia-China telah mencapai hasil positif. Pihak Australia bersedia memainkan peranan positif dalam pembangunan hubungan kedua-dua negara.

梁靓