Rouhani: Sekatan Ekonomi Terhadap Iran Merupakan Keganasan

2018-12-09 13:38:07  CRI
Share with:

Sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerikat Syarikat (AS) terhadap Iran merupakan "keganasan".
Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata demikian dalam Sidang Speaker Parlimen Enam Negara ke-2 yang bertopik pembanterasan keganasan dan peningkatan kesalinghubungan serantau yang diadakan di Teheran pada 7 hingga 8 Disember yang lalu. 
Menurutnya, konsep keselamatan masyarakat meliputi bidang ekonomi, budaya, politik, sosial dan psikologi pada masa ini, iaitu merangkumi lingkungan yang lebih luas berbanding masa dahulu. Maka, sekatan ekonomi AS terhadap Iran dianggap sebagai "keganasan ekonomi".
"Keganasan ekonomi" mengancam perkembangan ekonomi sesebuah negara dan menyekat perdagangan dan pelaburan di negara itu. AS mengundur dari perjanjian komprehensif nuklear Iran dan memulihkan sekatan terhadap Iran dan rakan dagangnya merupakan satu contoh yang tipikal tentang "keganasan ekonomi".
 

徐国玮