Persidangan Iklim Katowice Diharap Mencapai Hasil

2018-12-09 13:40:45  CRI
Share with:

Pihak penganjur Persidangan Iklim Katowice Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang media untuk memaklumkan perkembangan Persidangan itu yang telah diadakan selama seminggu. Pengerusi bergilir Persidangan, Menteri Persekitaran Poland, Michał Kurtyka berharap agar pelbagai pihak menghapuskan percanggahan dan mencapai konsesus.
Menurutnya, terdapat kira-kira 33 ribu orang berdaftar untuk memohon menyertai persidangan kali ini yang dilaporkan menarik perhatian pelbagai pihak. Maklumat yang positif persidangan kali ini pula amat menggalakkan. Bank Dunia (WB) telah mengumumkan, pihaknya akan mengumpulkan dana sejumlah USD 200 bilion (RM 862.5 bilion) bagi menangani perubahan iklim dalam tempoh lima tahun akan datang.
Walaupun rundingan berkenaan menghadapi pelbagai cabaran, tetapi persidangan kali ini telah mencapai beberapa hasil.
Seitausaha Eksekutif Sekretariat Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB, Puan Patricia Espinosa berkata, semakin banyak negara mengakui usaha China bagi mengurangkan jumlah pelepasan, teknologi sumber mesra alam di China agak maju dan China bersedia berkongsi pengalaman dengan negara-negara yang lain.

 

徐国玮