Zhong Haifeng, Pemenang 'Anugerah Keberanian Luar Biasa di Laut' IMO

2018-12-09 14:52:57  CRI
Share with:

Zhong Haifeng, penyelam penyelamat dari China diberi 'Anugerah Keberanian Luar Biasa di Laut' oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) di London, Khamis lalu.

Majlis penganugerahan berkenaan diadakan ketika berlangsungnya mesyuarat ke-100 Suruhanjaya Keselamatan Maritim IMO yang beribu pejabat di London, kira-kira 400 orang turut hadir.

Kumpulan penyelamat pimpinan Zhong Haifeng berjaya menyelamatkan 7 orang anak kapal yang terperangkap dalam kabin kargo di bawah laut selama 36 jam.

'Anugerah Keberanian Luar Biasa di Laut' antara anugerah maritim yang penting yang dianjurkan oleh IMO secara tahunan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berani menyelamatkan orang lain apabila menghadapi bahaya di laut. 
 

覃淼