Penayangan Jelajah 'Pawagam Terbuka' di Kemboja

2018-12-09 14:52:20  CRI
Share with:

Kegiatan penayangan jelajah 'Pawagam Terbuka' anjuran Kedutaan Besar China ke Kemboja dan Kementerian Kebudayan dan Kesenian Kemboja diadakan di lapangan pusat bandar Battambang, provinsi Battambang, barat laut negara itu pada malam 6 dan 7 Disember lalu. Empat filem masing-masing dari China dan Kemboja ditayangkan. Kegiatan ini dialu-alukan lebih seribu penduduk tempatan.

Menurut gabenor provinsi Battambang, Nguon Rattanak, ini merupakan kali kedua kegiatan seumpama itu diadakan di provinsinya. Pihaknya berharap agar lebih banyak aktiviti persahabatan Kemboja-China diadakan kelak demi membantu penduduk tempatan memahami dan menghayati kebudayaan dan perkembangan China, selain persahabatan antara kedua-dua negara ini.

覃淼