Trump Kemukakan Calon Pengerusi Mesyuarat Bersama Ketua Turus Baharu

2018-12-09 13:40:03  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam media sosialnya semalam mengumumkan, beliau mencalonkan Ketua Turus Tentera Darat, Mark Milley sebagai pengerusi baharu Mesyuarat Bersama Ketua Turus Tentera AS.
Pengerusi sekarang, Joseph F. Dunford akan bersara, tetapi tarikh pengalihan kuasanya belum ditetapkan.
Menurut prosedur berkenaan, pencalonan Mark Milley perlu diluluskan dalam Senat terlebih dahulu.

 

徐国玮