Genap 60 Tahun Wilayah Guangxi Ditubuhkan

2018-12-10 18:48:26  CRI
Share with:

Hari ini genap 60 tahun sejak penubuhan wilayah Guangxi, tanah berpenduduk etnik minoriti paling besar di China.

 

Satu sambutan meriah diadakan di serata Guangxi, diserikan dengan ucapan-ucapan tahniah daripada barisan pemimpin negara.

 

Sebanyak 11 etnik minoriti menjadikan wilayah itu kampung halaman mereka termasuk Zhuang, Yao dan Miao yang telah menetap di situ sejak purba kala.

 

Pada tahun lepas, agregat ekonomi Guangxi mencecah 2 trilion yuan atau 1.2 trilion ringgit, melonjak 832 kali ganda berbanding pada awal penubuhannya. Jumlah populasi miskin berkurang kepada 2.67 juta daripada 21 juta pada 1978, sementara kadar kemiskinan susut hampir dua pertiga.

 

Guangxi pada hari ini telah mewujudkan transformasi bersejarah daripada fasa berpendapatan rendah kepada sederhana pada keseluruhannya, melangkah lebih hampir dengan matlamat masyarakat kaya secara menyeluruh.

 

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Yang dalam ucapannya menyatakan pencapaian cemerlang Guangxi memperlihatkan kedinamikan sistem autonomi wilayah, yang kini meletakkan tanah itu pada satu titik permulaan baharu untuk terus mengorak langkah merintis pembangunan. 

林莹