CIIE Diharap Galak Eksport Indonesia

2018-12-12 13:26:06  CRI
Share with:

Sidang promosi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua diadakan di Jakarta kelmarin, dengan kehadiran tokoh perniagaan dan industri setempat yang mahu memanfaatkan CIIE bagi membawa lebih banyak produk dan jenama Indonesia ke pasaran China.

Dimaklumkan, sebanyak 42 syarikat Indonesia telah menyertai CIIE pertama di Shanghai bulan lepas, membawa pulang kontrak bernilai USD4.7 bilion (RM19.7 bilion).

Menteri Penasihat Perniagaan Kedutaan Besar China, Wang Liping berkata, minat syarikat Indonesia untuk meneroka pasaran China serta pelanggan China terhadap produk Indonesia adalah di luar dugaan. Sesetengah produk seperti sarang walet dan kopi luwak mendapat sambutan hangat dalam CIIE.

Menurut statistik terkini, jumlah perdagangan antara China dengan Indonesia mencatat USD63.7 bilion (RM266 bilion)dalam 10 bulan pertama tahun ini. China juga rakan dagang terbesar bagi Indonesia selama beberapa tahun berturut-turut.  

  

张哲