GX Airlines Buka Laluan Terus Nanjing-Singapura

2018-12-13 15:16:21  CRI
Share with:
Syarikat Penerbangan Guangxi Teluk Beibu (GX Airlines) melancarkan laluan terus antara Nanning dengan Singapura semalam, menawarkan penerbangan setiap Rabu, Jumaat dan Ahad dengan pesawat Airbus A320.

Pengerusi GX Airlines, Fang Fa berkata, pembukaan laluan tersebut adalah sebagai sahutan kepada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta pembinaan saluran baharu perdagangan darat dan laut antarabangsa, bertepatan dengan ulang tahun ke-60 wilayah Guangxi.

Dengan adanya laluan penerbangan baharu, kerjasama antara Guangxi dengan Singapura dalam bidang ekonomi, politik, budaya dan pelancongan akan bertambah rancak.

Destinasi seterusnya di Asia Tenggara termasuk Bangkok, Hanoi, Jakarta dan Manila. 
梁靓