Delegasi Wanita Laos Ikut Program Latihan Keusahawanan di China

2018-12-17 15:34:56  CRI
Share with:

Delegasi wanita dari Laos berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam aspek keusahawanan dan inovasi menerusi program pembelajaran dan latihan yang berlangsung di Qinzhou, Guangxi pada 14 hingga 16 Disember lepas.

Liu Yongmei, pengerusi Persekutuan Wanita Laos Guangxi berkata, China dan ASEAN telah menjalankan kerjasama pragmatik melibatkan ekonomi, perdagangan, budaya dan wanita menerusi platform Ekspo China-ASEAN (CAEXPO).

Kedua-dua pihak diharap memperkukuh persefahaman dan persahabatan, saling belajar, mengintensifkan pertukaran dan kerjasama terutamanya dalam memperjuangkan pembangunan dan kepentingan wanita, serta menghapuskan diskriminasi gender.

Dalam tempoh program tersebut, delegasi berkenaan turut membuat kunjungan ke Taman Industri Qinzhou China-Malaysia dan Pelabuhan Qinzhou.

高蕾