Momentum Pembangunan China, Peluang Kerjasama Global

2018-12-17 15:33:01  CRI
Share with:

China bersedia bersama-sama negara di dunia menggalakkan pembangunan hubungan antarabangsa model baharu yang bercirikan saling hormat, adil, kerjasama dan saling untung, membentuk komuniti berkongsi nasib serta menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan sejagat.

Kesediaan itu dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniah sempena Persidangan Antarabangsa "Understanding China
" ke-3 yang telah dirasmikan di Beijing semalam.

Beliau menekankan bahawa pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 40 tahun telah membuka lembaran yang gemilang dalam pembangunan China, melahirkan ikatan yang lebih rapat antara negara ini dengan seluruh dunia.

China akan mempertingkat pembaharuan termasuk melibatkan sektor pembekalan, memperluas keterbukaan, menambah baik kesejahteraan rakyat dan mencegah risiko agar memastikan pembangunan ekonomi berkualiti tinggi sekali gus mencipta lebih banyak peluang kerjasama.

"Understanding China" anjuran bersama Institut Inovasi dan Strategi Pembangunan China (CIIDS), Institut Hal Ehwal Luar, dan Majlis Abad Ke-21, telah diadakan dua kali sebelum ini, iaitu pada 2013 dan 2015.

Persidangan tahun ini yang bertemakan "Momentum Baharu Pembangunan China, Peluang Baharu Kerjasama Global" mengundang kehadiran 600 tetamu termasuk tokoh politik, ahli strategi dan usahawan dari seluruh dunia.

高蕾