Menteri Luar China Temu Presiden Laos

2018-12-17 15:33:51  CRI
Share with:

China bersedia bergandingan dengan Laos untuk melaksanakan hasil pertukaran lawatan antara pemimpin, menggalakkan kerjasama dalam segenap aspek, demi mencipta masa depan yang diwarnai pembangunan dan kemakmuran bersama.

Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan Presiden Laos, Boungnang Vorachith di Vientiane semalam berkata, koridor ekonomi antara kedua-dua negara satu projek ikon dalam pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

China dan Laos diharap dapat mencapai persepakatan mengenai pelan kerjasama berkenaan dengan secepat mungkin.

Usaha juga harus dilakukan untuk menjayakan Tahun Pelancongan China-Laos tahun depan, dengan persefahaman dan persahabatan yang lebih kukuh sesama rakyat.

Boungnang pula berkata, Laos mementingkan pembinaan landasan kereta api yang menyambungkan kedua-dua negara, dan mengalu-alukan pelaburan daripada lebih banyak syarikat China.

 

高蕾