Sekatan AS terhadap Menteri DPRK "Tindakan Provokatif"

2018-12-17 15:36:26  CRI
Share with:

Tindakan Amerika Syarikat (AS) menamakan tiga menteri Republik Rakyat Demokratik Korea (DRPK) antara yang dikenakan sekatan atas alasan "melanggar hak asasi manusia" telah disifatkan sebagai "provokatif" oleh Jabatan Pengajian Dasar AS, Kementerian Luar DPRK semalam.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada hari yang sama melaporkan bahawa dalam tempoh enam bulan setelah pertemuan pemimpin negara DPRK dan AS di Singapura, Setiausaha Negara AS melemparkan tohmahan terhadap DPRK setiap hari.

Pelbagai alasan direka-reka untuk mengenakan sekatan terhadap syarikat, individu dan kapal DPRK dan negara ketiga seperti Rusia, misalnya terlibat dalam pengubahan wang haram, melakukan transaksi haram melalui pengangkutan kapal dan melancarkan serangan siber.

Isu bertembah kontroversial apabila AS mengheboh-hebohkan "pelanggaran hak asasi manusia" oleh pihak DPRK yang sebenarnya tidak wujud.

高蕾