China, Thailand Intensifkan Kerjasama

2018-12-17 12:07:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_W020181216858305768167

Hubungan antara China dengan Thailand menunjukkan momentum baik, terbukti apabila pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kerjasama dalam pelbagai bidang menampakkan hasil ketara kepada seluruh rakyat.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Don Pramudwinai sempena Mesyuarat Menteri Luar ke-4 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) di Luang Prabang, Laos semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa pada tahun akan datang, China bersedia meningkatkan komunikasi dengan Thailand, mengintensifkan kerjasama dan menyegerakan pembangunan landasan kereta api China-Thailand bagi merealisasikan penyambungan landasan China-Laos-Thailand dengan secepat mungkin. Kerjasama tiga pihak juga akan diteroka, sebagai usaha untuk menggalakkan perkembangan lebih besar dalam hubungan dua hala pada era baharu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Thailand yang mengambil alih jawatan pengerusi bergilir ASEAN, dan percaya negara itu mampu membimbing ASEAN mencapai kemajuan baharu dalam pembentukan komuniti, serta dalam hubungan dengan China.

China akan bersama-sama blok tersebut memuktamadkan rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), sambil mempercepat proses integrasi ekonomi Asia Timur serta menentang unilateralisme dan amalan perlindungan.

Don Pramudwinai pula menyatakan Thailand menyahut saranan China yang berkenaan, dengan kesediaan untuk mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, selain meneroka kerjasama tiga pihak di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

曹捷