Live: China Perlu Tadbir Parti dengan Ketat

2018-12-18 13:25:48  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menekankan bahawa China perlu melaksanakan tadbir urus yang ketat terhadap Parti Komunis China (PKC) di samping menpertingkat kreativiti, kepaduan dan keberkesanan. Kejayaan China bergantung pada Parti, menjadikan tadbir urus secara ketat sesuatu yang mustahak. Perpaduan dan kreativiti Parti hendaklah ditingkatkan, begitu juga keupayaan mentadbir dan tahap tadbir urusnya.

Kempen memerangi rasuah harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan bagi menghapuskan gejala tersebut di kalangan pegawai dan menjamin integriti mereka, sekali gus mencipta ekologi politik yang bersih untuk membolehkan pembaharuan dan keterbukaan terus dilaksanakan.

张弘