10 Tokoh Asing Dianugerah Pingat Persahabatan

2018-12-18 12:36:00  CRI
Share with:

Seramai 10 tokoh asing telah dianugerahi Pingat Persahabatan Pembaharuan sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam usaha menggalakkan interaksi dan kerjasama antara China dengan negara lain.

Mereka juga dihargai kerana terlibat dan membuat bakti dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama ini.

Pingat yang disampaikan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara itu juga sebagai penghargaan terhadap masyarakat antarabangsa yang memberikan sokongan dan bantuan kepada usaha pembaharuan dan keterbukaan China.

曹捷