Live: China Sambut Ulang Tahun Ke-40 Pelaksanaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka

2018-12-18 10:38:55  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123868646_15450991993521n

Majlis peringatan sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka diadakan di Beijing pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping hadir menyampaikan ucapan penting.

Pada 18 Disember 1978, Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) ke-11 membuat keputusan bersejarah untuk melaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang mengutamakan pembangunan ekonomi.

Dalam 40 tahun lalu, kekuatan bersepadu negara menampakkan lonjakkan besar dari segi kualiti.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 9.5% secara purata setahun, pendapatan per kapita meningkat 22.8 kali ganda, jumlah penduduk miskin berkurang 740 juta, sekali gus menyumbang lebih 30% kepada pertumbuhan ekonomi dunia selama beberapa tahun beturut-turut.

Dalam tempoh tersebut, China menggalakkan pembangunan dengan pintu terbuka, membolehkan jumlah import dan eksport barangan meningkat 198 kali ganda sementara import dan eksport perkhidmatan meningkat lebih 147 kali ganda, menarik lebih USD2 trilion (RM8.4 trilion) dalam pelaburan asing.China kini entiti ekonomi kedua terbesar, negara perindustrian terbesar, negara perdagangan barangan terbesar dan negara rizab mata wang asing terbesar di dunia.

张弘