Ucapan Xi Jinping Jadi Tumpuan Masyarakat Singapura

2018-12-20 13:14:17  CRI
Share with:

Ucapan yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping pada majlis peringatan sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di Beijing kelmarin, menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura dalam rencana pada muka depannya semalam mengulas penekanan semula Xi Jinping terhadap pembaharuan dan keterbukaan, yang mesti diperdalam meskipun lebih banyak cabaran mendatang.

Juga menghiasi muka depan akhbar itu, laporan mengenai bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang dianugerahi Pingat Persahabatan Pembaharuan China, bersama 9 tokoh asing lain.

Laporan itu berkata, Lee Kuan Yew amat mementingkan Taman Perindustrian Suzhou, projek kerjasama sulung peringkat kerajaan yang bermula 24 tahun lalu.

Dalam tempoh perkhidmatannya, beliau sendiri menyelia perkembangan projek itu, dan membantu menyelesaikan banyak kesukaran yang dihadapi dalam proses pembinaan.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
周乔西