Mesyuarat Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat China di Beijing

2018-12-22 11:56:55  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123887940_15453919395061n

Mesyuarat Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat China diadakan di Beijing pada 19 hingga 21 Disember lalu.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti komunis China (PKC), Presiden China dan Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat PKC, Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang dan lima lagi Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, iaitu Li Zhanshu, Wang Yang, Wang Huning, Zhao Leji dan Han Zheng menghadiri mesyuarat tersebut.

Presiden Xi dalam ucapannya telah membuat rumusan tentang kerja-kerja ekonomi sepanjang tahun 2018, menganalisis situasi ekonomi domestik dan antarabangsa semasa serta mengatur tugasan ekonomi bagi tahun 2019. Li Keqiang dalam ucapannya telah mengeluarkan tugas konkrit dalam kerja-kerja ekonomi bagi tahun depan. 

Mesyuarat itu menegaskan, tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China, dan juga tahun kunci bagi cetak biru membangunkan masyarakat yang kaya. Maka, kerja ekonomi amat penting. 

Antara usaha yang penting pada tahun depan termasuklah mendorong industri pembuatan berkembang dengan kualiti yang tinggi, menggalakkan pembentukan pasaran domestik yang kuat, melaksanakan strategi pembangunan luar bandar dengan bersungguh-sungguh, menggalakkan pembangunan dilaksanakan secara seimbang antara pelbagai kawasan, mempercepat pembaharuan sistem ekonomi, mendorong keterbukaan secara menyeluruh, dan membantu rakyat jelata meningkatkan aspirasi, rasa bangga serta rasa selamat.

曹捷