Serangan Pos Polis Rakhine Disiasat menurut Undang-undang Antikeganasan

2019-01-07 16:41:47  CRI
Share with:

Serangan terhadap empat pos polis di utara Rakhine pada 4 Januari lalu akan disiasat menurut undang-undang antikeganasan, sebagaimana dimaklumkan oleh polis Myanmar pada hari yang sama.

Media rasmi dan sumber tentera mengesahkan bahawa empat pos di pekan Buthidaung diserang secara serentak oleh kumpulan bersenjata, mengakibatkan 13 anggota polis maut dan 9 lagi cedera. Selain itu, 40 pucuk senjata ringan dan 16,000 peluru dirampas.

Kedutaan Besar China di Myanmar dalam satu kenyataan kelmarin mengutuk keras insiden keganasan itu, dan menyampaikan rasa dukacita terhadap mereka yang korban. China menyokong usaha Myanmar dalam melindungi keamanan dan kestabilan Rakhine, menentang serangan keganasan dalam sebarang bentuk, menyeru semua pihak mengawal perasaan dan menyelesaikan masalah berkenaan menerusi dialog.

 

高蕾