Bas Dua Tingkat Terbalik, 6 Maut

2019-01-07 14:37:09  CRI
Share with:

Enam penumpang termasuk seorang bayi perempuan maut sementara kira-kira 50 lagi cedera apabila sebuah bas pelancong dua tingkat terbalik di wilayah Phathum Thani, tengah Thailand semalam.

Menurut akhbar Bangkok Post, bas yang menuju ke Bangkok itu terbalik pada kira-kira pukul 3.20 pagi hari itu semasa turun hujan.

Penumpang bas itu berkata, pemandu menekan brek secara tiba-tiba untuk mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan di hadapan, mengakibatkan nahas berlaku.

Mangsa-mangsa telah dikejarkan ke beberapa hospital di sekitar untuk menerima rawatan. Punca kemalangan sedang disiasat polis.

周乔西