Filipina Naik Taraf Perkhidmatan Tarik Pelancong China

2019-01-10 14:47:15  CRI
Share with:

Filipina akan terus menaik taraf dan menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong China pada masa depan, susulan jumlah pelancong China ke negara itu terus meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut statistik Kementerian Pelancongan Filipina, dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun lalu, jumlah pelancong China mencatat 1.06 juta, meningkat kira-kira 31% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. China kini telah menjadi sumber pelancong asing kedua terbesar bagi negara itu.

Persatuan Agensi Pelancongan Filipina (PTAA) berkata, pengusaha pelancongan negaranya akan bekerjasama dengan kerajaan untuk membaiki persekitaran dan menaik taraf prasarana industri berkenaan, seperti membina lebih banyak hotel di sekitar tempat peranginan, menawarkan perkhidmatan bermutu, serta membuka laluan penerbangan baharu antara kedua-dua negara.

Difahamkan, PTAA sedang berbincang dengan kerajaan untuk mempermudah proses pengurusan visa pelancong China.

周乔西