WB Turunkan Unjuran Ekonomi Global

2019-01-10 13:27:09  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xtyq

Bank Dunia (WB) dalam laporan Prospek Ekonomi Global yang diumumkan kelmarin, menurunkan unjuran ekonomi bagi tahun ini dan tahun depan, serta memberi amaran bertambahnya risiko ke bawah.

图片默认标题_fororder_xtyq2
Dengan pengaruh ketegangan suasana kewangan global dan situasi perdagangan, unjuran pertumbuhan ekonomi sedunia pada 2019 dan 2020 masing-masing diturunkan kepada 2.9% dan 2.8%, iaitu berkurang 0.1% berbanding jangkaan pada Jun 2018.

Dimaklumkan, pertumbuhan entiti maju berkurang daripada 2.2% pada 2018 kepada 2% pada tahun 2019, dan terus menurun kepada 1.6% pada 2020. Manakala, entiti baharu muncul dijangka tumbuh pada kadar 4.2% pada 2019 dan 4.5% pada 2020.

高蕾