Armada Laut China Lawat Kemboja

2019-01-10 12:01:39  CRI
Share with:

Armada tentera laut China yang terdiri daripada kapal pembinasa Wuhu dan Handan serta kapal bekalan bersepadu Dongpinghu tiba di pelabuhan Sihanouk, Kemboja pagi semalam, untuk memulakan lawatan muhibah selama empat hari.

Ini merupakan kali keempat armada China melawat ke negara itu dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Formasi yang diketuai Mejar Jeneral Xu Haihua dan Du Naihua berlabuh pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan, disambut dengan sorakan meriah orang ramai antaranya termasuk Duta Besar China, Wang Wentian dan kakitangan kedutaan, serta wakil dari institusi modal China dan komuniti Cina di Kemboja. 

曹捷