Thailand Panjangkan VOA kepada Pelancong China

2019-01-10 13:52:45  CRI
Share with:

Kabinet Thailand kelmarin meluluskan cadangan untuk terus menawarkan visa sewaktu ketibaan (VOA) kepada pelancong dari 21 negara dan wilayah termasuk China hingga 30 April tahun ini.

Menurut laman sesawang Pejabat Perdana Menteri Thailand, langkah itu bertujuan untuk menarik kunjungan pelancong asing ke negara itu.

Pada tahun lalu, kerajaan Thailand pernah mengumumkan penawaran VOA tersebut bermula 15 November 2018 hingga 13 Januari 2019.

Langkah itu hanya untuk pelancong yang menguruskan VOA di lapangan terbang Thailand, dengan bayarannya THB2,000 (RM257).

Susulan kelulusan Kabinet, usul itu akan berkuat kuasa secara rasmi selepas diumumkan laman web Warta Kerajaan.

周乔西