Alibaba Cloud Lancar Pusat Data Kedua di Indonesia

2019-01-10 13:39:42  CRI
Share with:

Alibaba Cloud, cabang kumpulan Alibaba yang mengendalikan perkomputeran awan, melancarkan pusat data kedua di Indonesia bagi mengendalikan permintaan yang semakin meningkat daripada entiti ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Dalam majlis pelancaran di Jakarta semalam, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Rudiantara menyatakan pembukaan pusat data itu sejajar dengan 'Visi Digital 2020' kerajaan negaranya bagi memajukan ekonomi digital.

Pusat data Alibaba Cloud yang pertama di Indonesia dibuka pada 15 Mac tahun lepas, menawarkan khidmat perkomputeran fleksibel, pangkalan data, keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI) untuk pasaran tempatan, memenuhi keperluan industri seperti e-dagang, media, teknologi kewangan, permainan video, pengangkutan dan perkilangan.

Pembukaan pusat data kedua dijangka melipatgandakan kemampuan perkhidmatan platform berkenaan.

高蕾