Dewan Perwakilan AS Lulus Bajet Kerajaan

2019-01-10 13:52:14  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) malam semalam meluluskan satu bajet kerajaan yang bertujuan untuk "membuka semula pintu" jabatan-jabatan kerajaan termasuk Jabatan Perbendaharaan.

Menurut rancangan dewan perwakilan, empat bajet berkenaan dijadualkan diundi minggu ini supaya membolehkan jabatan kerajaan mendapat peruntukan berkenaan dan memulakan semula kerja secepat mungkin.

Bajet yang diluluskan pada hari itu melibatkan jabatan kewangan, termasuk Jabatan Perbendaharaan dan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (US IRS).

Walaupun diluluskan dewan perwakilan, namun sama ada bajet itu diluluskan Senat atau tidak belum diketahui pada ketika ini.

周乔西