Xi,Kim Bertemu di Beijing

2019-01-10 15:31:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xi

Setiausaha Agung Parti Komunis China yang juga Presiden China, Xi Jinping dan Pengerusi Parti Buruh Korea (WPK) merangkap Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un bertukar-tukar pendapat dalam suasana mesra di Beijing kelmarin. 


Hubungan bilateral dan isu-isu lain yang diperhatikan bersama menjadi tumpuan perbincangan yang telah membuahkan beberapa konsensus penting.

Kedua-dua pemimpin bersetuju bekerjasama untuk memantapkan ikatan pada era baharu ini, di samping menggalakkan penyelesaian isu Semenanjung Korea melalui saluran politik, sebagai sumbangan positif kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Xi menekankan, usaha sama China dan DPRK membolehkan satu lembaran baharu disingkap pada tahun lepas. Tahun ini genap 70 tahun ikatan diplomatik dijalin antara kedua-dua negara, masa yang signifikan bagi perkembangan hubungan bilateral. Beliau menyatakan kesediaan untuk bersama-sama Kim membimbing hubungan dua hala mengorak langkah ke masa hadapan. Kedua-dua pihak diharap mengekalkan interaksi peringkat tinggi, memperkukuh komunikasi strategik serta mengintensifkan pertukaran dan kerjasama muhibah.

图片默认标题_fororder_xi2

Menyentuh situasi Semenanjung Korea, Xi menilai positif langkah-langkah yang diambil DPRK untuk menjaga keamanan dan kestabilan di semenanjung itu, juga bagi merealisasikan semenanjung yang bebas senjata nuklear. China menyokong DPRK dan Korea Selatan membaiki hubungan, dan mahu melihat pertemuan pemimpin DPRK dan Amerika Syarikat membuahkan hasil. China juga menyokong pihak-pihak terlibat menyelesaikan isu-isu yang dipentingkan melalui dialog.

Kim Jong-un pula menyatakan harapan agar keprihatinan DPRK diutamakan agar bersama-sama, satu penyelesaian tuntas bagi isu Semenanjung Korea dapat diusahakan. 

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin tersebut juga saling memaklumkan situasi domestik.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
周乔西